RASIONAL PERLUNYA PERKHIDMATAN KAUNSELING
1.PERKHIDMATAN MENOLONG MEMPUNYAI KONOTASI KEMULIAAN
Ungkapan ‘memberi lebih baik darpada menerima’
Tetapi kini sudah berubah dan mulia melihat perbuatan menerima mempunyai nilai tersendiri – kepuasan dan kebanggaan
2. KEPERLUAN KEMAHIRAN MENOLONG
Pelbagai profesion menolong
Tetapi tahap kemahiran menolong masih rendah
Kaunseling dapat memenuhi kekosongan ini
3. KEMUNCULAN UNSUR BARU DAN ASING DALAM KEHIDUPAN
Bertambahnya konflik dan kebimbangan masyarakat dalam kehidupan normal
Kerana perubahan pantas dalam aspek sosial, kebudayaan,suasana ekonomi,perubahan bentuk keluarga,pelbagai gaya hidup baru, TL seks yang sebelumnya sangat asing,peranan dalan pekerjaan, dadah, alkohol dsb
4. KEPERLUAN MEMECAHKAN BATASAN ALAM SEKELILING
Peraturan kebudayaan, bangsa, agama, asal – usul dan faktor geografi selain membantu, ia juga membataskan perkembangan manusia
5.TERABAINYA ORANG – ORANG YANG NORMAL
Orang normal kurang dapat perhatian, mungkin dianggap ‘tidak membahaya’ kepada orang lain
Akibatnya golongan ini lambat dikesan apabila memerlukan pertolongan
6.SIFAT MASYARAKAT INDIVIDUALISTIK MASYARAKAT INDUSTRI
Pertolongan tidak formal telah perlahan – lahan pupus
Justeru mendesak kepada diadakan perkhidmatan yang formal
Nasihat sudah tidak berkesan kerana lenyapnya kepastian atau kebijaksanaan silam.Apa yang dianggap baik dan benar pada masa silam tidak semestinya dapat dipertahankan.
Tafsiran baru tentang kebenaran telah muncul sebagai pengganti kepada nilai lama.
7. MEMPERLENGKAPKAN USAHA PENGAJARAN
Institusi pendidikan berfungsi membina masyarakat melalui aktiviti pengajaran yang telah ditetapkan dan disampaikan secara sehala
Kaunseling sangat mempercayai dan menghormati harga diri dan keunggulan setiap individu
Kaunseling menekankan ‘self actualization’ dan ‘self enhancement’
No comments:
Post a Comment