Kelebihan Istighfar


Kelebihan Istighfar.

Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, “Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3)


Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)

ANTARA KELEBIHAN ISTIGHFAR IALAH;
🌸1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
🌸2 – Dimakbulkan Permintaan & Hajat
🌸3 – Bertambah Kekuatan
🌸4 – Mudah Mendapat Zuriat
🌸5 – Menyembuhkan Penyakit
🌸6 – Menyejukkan Hati Isteri/ Suami yang Sedang Marah
🌸7 – Dijauhkan dari Azab & Bala
🌸8 – Ditambah Nikmat & Kekayaan
🌸9 – Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
🌸10 – Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan
🌸11 – Menggembirakan Allah & Dicintai Allah
Rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat.
Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.
astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...