TUGAS-TUGAS DAN JENIS-JENIS PERKHIDMATAN DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TUGAS-TUGAS DAN JENIS-JENIS
PERKHIDMATAN DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(DISENARAIKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

1. MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN INVENTORI DAN REKOD
* Mengendalikan fail bimbingan dan kaunseling bagi setiap pelajar
* Mengumpul dan merekod butiran ujian dan penilaian diri pelajar
* Mengemaskini rekod kaunseling pelajar
* Mentafsir data untuk tujuan pembangunan diri pelajar
2. KHIDMAT PENGUMPULAN DAN MEMBERI MAKLUMAT
* Menyebarkan maklumat pendidikan dan kerjaya
* Menyebarkan maklumat mengenai pendidikan dan pencegahan
3. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
* Melaksanakan khidmat krisis kaunseling
* Kaunseling Individu
* Kaunseling Kelompok
* Kaunseling Pengembangan Diri
* Kaunseling Kerjaya
4. KHIDMAT PENEMPATAN
* Membantu pelajar dalam penempatan kelas dan aliran
5. KHIDMAT PENCEGAHAN
* Memberi maklumat mengenai elemen mengenai yang membahayakan diri dan masyarakat secara individu dan kelompok



6. KHIDMAT KONSULTASI DAN RUJUKAN
* Memberi khidmat konsultasi kepada guru, pentadbir dan ibu bapa.
* Merujuk pelajar kepada pihak yang tertentu untuk mendapatkan khidmat pakar dan lanjutan.
7. KONFERENSI DENGAN IBUBAPA
* Mengadakan hubungan dengan penjaga mengenai kemajuan pelajar
* Mendapat kerjasama ibubapa dengan program pembangunan diri pelajar
8. KHIDMAT PENILAIAN
* Membuat penilaian program bimbingan dan kaunseling yang disediakan secara formatif dan sumatif.
9. BIMBINGAN DALAM BILIK DARJAH
Perkhidmatan ini haruslah dimasukkan ke dalam penjadualan utama sekolah
(Pendidikan Moral)
TAJUK CADANGAN BIMBINGAN DI DALAM KELAS:
• Pendidikan dan kerjaya-kerjaya
• Trait personaliti dan kerja
• Pembangunan diri dan kemahiran berkomunikasi
• Ujian personaliti
• Mental yang sihat
• Hubungan guru-murid
• Bahaya dadah, arak dan rokok
• Kemahiran belajar dan pengurusan masa



10. KONFERENSI KES
Merupakan strategi dalam memberikan bimbingan dan memberikan kebajikan kepada para pelajar. Permasalahan murid akan dibincangkan bersama oleh pakar-pakar iaitu yang teridiri daripada :
- guru kelas
- guru disiplin
- doktor dan jururawat
- pegawai kebajikan masyarakat
- guru besar
- kaunselor sebagai penyelaras
Bertujuan untuk menyemak dan menganalisis sesuatu kes dan merancang kaedah pertolongan dan bimbingan yang diperlukan oleh pelajar.
11. KHIDMAT INVENTORI DAN REKOD
* Mengendalikan fail bimbingan dan kaunseling
* Mengumpul dan merekodkan butiran-butiran penilaian dan pentafsiran minat murid (Kad 001 R/ 001 M)

Unit Bimbingan & Kaunseling

No comments:

Post a Comment