TONGGAK DUA BELAS

TONGGAK DUA BELAS

1. MENGHARGAI MASA
Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya.

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada organisasi dan individu.

3. KESERONOKAN BEKERJA
Kerja merupakan satu beban yang dilakukan untuk hidup, malah bagi kebanyakan manusia berkerja itu merupakan pelakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
• Bekerja hendaklah dijadikan sesuatu ibadah
• Kerja itu hendaklah dijadikan cabaran
• Jika kerja itu kita anggap pengkhususan kita, dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.

4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menimbulan keadaan yang kemas, bersih, selesa dan harmoni. Sesuatu yang keterlaluan, umpamanya hiasan yang berlebihan tidak menyenangkan mata memandang.

5. KETINGGIAN PERIBADI
Peribadi seseorang ialah “the total personality” – wataknya, sikapnya, perilakunya dan gaya membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisdasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membawa watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adap dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan hiasan luaran peribadi.

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak beraasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengannya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, ramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong.

7. PENGARUH TELADAN
Manusia hidup bermasyarakat dan masayarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik. Sebaliknya yang negatif boleh membawa padah yang buruk.

8. KEWAJIBAN MENJALANKAN TUGAS
Tugas adalah tanggung jawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap orang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria di atas, hasilnya akan menjadi tidak sempurna, lambat, tidak berguna, membazir dan mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan.

9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. Berhemat satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja dari segi wang, bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja.
Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan.

10. KEUTAMAAN KESABARAN
Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa.
Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar, menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menhadapai dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai.

11. PENINGKATAN BAKAT
Setiap manusia mempunyai bakat. Bakat dalam segala apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Peningkatan bakat perlu, kerana ia boleh menolong ke arah penciptaan, ivovasi dan penyelesaian masalah yang rumit.

12. NIKMAT MENCIPTA
Kepuasan ialah tukuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketaraa dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment